Ikea
Suasana bingit
dalam shopping mall langsung tak diendah Faiz yang sedang sibuk membaca Haruki
Murakami. Raid yang sedang menghirup Americano panas termenung kosong.
“Best sangat ke Haruki Murakami?”
“Aku suka style dia.” Jawab Faiz
ringkas tanpa mengangkat muka dari buku yang dibacanya. Adam yanb berada
disebelahnya pula sibuk menghabiskan soft ice crem yang dibelinya tadi.
Sekarang tiga sahabat tambah dengan Umairah dan Adam berada di Ikea, Damansara.
Dia kembali termenung kosong.
“Nah, aku belanja.” Lima roti dengan
hot dog dan tiga cawan kertas diletakkan di atas meja. Umairah tersenyum. Faiz
mengangkat muka dari buku. Sebelah keningnya terangkat tinggi apabila melihat
makanan di atas meja.
“Apasal pandang aku macam tu? Nah
lah, ambik.” Umairah menolak roti dengan hot dog itu kepada Faiz. “Kalau nak
bawang ke sos ke apa ke, pergi dekat situ. Letak sendiri.” Umairah memuncung ke
arah kaunter pulau. Adam masih dengan aiskrimnya, Faiz memandang kosong, Raid
dengan dunianya sendiri, Umairah sedang sibuk menyumbat mulutnya dengan
makanan.
“Rifqi mana?” Tanya Umairah apabila
menyedari Rifqi tiada di meja.
“Tandas.” Jawab Faiz sepatah. Roti
hot dog itu di ambil dan dibawa ke kaunter pulau yang terdapat bawang dengan
sos. Keadaan menjadi sepi antara mereka bertiga. Tiga-tiga dengan kerja
masing-masing.
“Red, kau busy tak lepas sekolah
esok?” Raid yang sedang menyumbat bukunya dalam beg menggeleng. Langsung tidak
kisah jika bukunya terkoyak atau komot.
“Tak. Kenapa?” Faiz hanya terdiam.
Dia memberi Faiz peluang untuk bercakap.
“Boleh tak kalau...” Faiz berhenti.
Kening sebelah Raid terangkat. “Kalau aku nak mintak tolong kau sikit? Eh,
bukan sikit tapi banyak jugaklah.” Bukan senang untuk orang macam Faiz meminta
bantuan daripada Raid. Raid tersenyum kucing.
“Kalau aku tolong kau nak bagi aku
apa?” Riak wajah Faiz terus berubah. Mulutnya terbuka namun ditutup semula.
“Equivalent exchange.” Dia menutur
perlahan.
“Equivalent exchange?” Raid
mengulang semula apa yang dikatakan Faiz. Faiz mengangguk.
“Aku akan tolong ajar kau sejarah
sampai kau dapat A.” Mata Raid terbeliak. Apa yang dikatakan Faiz sangat
mustahil. Dia sekali pun tak pernah dapat A dalam matapelajaran itu. Sejarah
merupakan subjek yang sangat dibencinya sejak tingkatan satu lagi.
“Kau biar betul. Kau sendiri tau aku
tak pernah dapat A kan?” Raid cuba memastikan apa yang telah dikatakan Faiz.
Faiz mengangguk sekali lagi. Nak tak nak dia setuju apa yang dicadangkan Faiz.
Dia terpaksa lulus subjek sejarah kerana kalau tak melayanglah sijil SPM nya
nanti. Lagipun nak suruh Faiz mengajar memang susah.
“Berat sangat ke benda tu sampai kau
terpaksa buat equivalent exchange dengan aku?” Begnya disandang ke bahu. “Tapi
kalau aku boleh tolong, aku tolong la. Kalau tak. Faham-faham jelah.”
Faiz yang berada di hadapannya di
ikut. Faiz masih lagi membungkam.
“Faiz?”
“Aku nak kau drive aku pergi Ikea
esok lepas habis sekolah.” Ehh?
“Kenapa?” muka Faiz sekali lagi
berubah. Dia hanya memandang kasutnya.
“Aku nak belikan mak aku hadiah. Dia
ada tengok katalog Ikea tu. Lepas tu dia tak habis-habis cakap kat along aku
suruh belikan dia meja tu. Along aku pulak tengah pokai. Kebetulan minggu depan
hari jadi mak aku.” Dia menggumam rendah sambil menendang batu kerikil yang
bersepah dijalan. Raid tersengih.
“Awat tak cakap awal-awal. Tak buat
equivalent exchange pun tak pe.” Raid ketawa kecil. “Lawakla kau ni.”
“Aku boleh mintak tolong kau sebab
kau je yang dah ada lesen. By the way, thanks.” Faiz tersenyum sedikit.
“No problemo.” Rifqi yang berada di
hadapan sekolah melambai-lambaikan tangannya ke arah mereka berdua. Amir yang
berada dengan Rifqi sedang sibuk menanggalkan baju sekolahnya.
“Pak Lemang?” cadang Rifqi.
“On.”
Sejurus sahaja
loceng tamat persekolahan berbunyi tiga sahabat melangkah keluar dari sekolah.
Kebetulan hari tu tak ada kokurikulum. Jadi pelajar bebas untuk pulang awal ke
rumah. Kereta Myvi putih yang diparkir berhampiran sekolah dituju. Tanpa mereka
sedari, seorang pelajar perempuan yang lenkap berpakaian sekolah sedang
bersandar di pintu kereta Myvi.
“Siapa yang sandar dekat kereta kau
tu?” Mata Raid mengecil sedikit untuk
melihata siapakah gerangan gadis yang sedang menyandar di keretanya. Minah ni rupanya.
“Umairah lah.” Rifqi menjawab bagi
pihak Raid. Pandangan mata Rifqi memang sangat jelas kalau nak dibandingkan
dengan pandangan mata Faiz dan Raid. Sampai sahaja di keretanya, Umairah yang
berada di situ sejak dari pukul berapa entah tersenyum.
“Nak ikut.” Umairah merengek macam
budak kecik yang mahukan sesuatu. Raid mengeluh. Belum sempat dia berkata
apa-apa, Faiz terlebih dahulu menjawab.
“Tak boleh.”
“Alaaaa,” Umairah memandang Raid
dengan penuh harapan. “Boleh lah Red. Aku janji aku tak bising.” Dia cuba
memujuk. Akhirnya Raid mengalih.
“Suka hati kau. Tapi kita orang nak
blah sekarang.” Begnya disumbatkan ke dalam but kereta. Raid, Rifqi dengan Faiz
sudah pun lengkap berpakaian kasual. “Kalau kau nak ikut dengan baju sekolah
la.” Raid menguntum senyum mengejek. Umairah mendengus.
“Hmph, tak kira.” Dia memeluk tubuh.
“Siapa suruh kau kira.” Kata Raid
sambil menghenyakkan punggung di tempat pemandu. Umairah mengambil tempat di
belakang Raid. Keadaan menjadi sunyi apabila keempat-empat orang dalam kereta
membisu. Raid memecahkan suasana hening itu dengan soalan yang membuatkan semua
dalam kereta bengang.
“Siapa tau jalan ke Ikea?”
.
. .
. . .
“Tak de orang yang ada GPS ke?” Rifqi mencelah.
.
. .
. . .
“Ahh, shoot! Aku lupa nak bawak wallet
aku.” Raid mengeluh.
.
. .
. . .
Buat seketika
semua remaja dalam kereta mengeluh panjang.
“Macam nilah. How about kau hantar
aku kat rumah aku. Aku tukar baju kejap. Kat handphone aku ada GPS. Boleh
guna.” Umairah pula bersuara.
“Okey jugak tu.” Rifqi setuju. Faiz
pula mengangguk. Nak tak nak semua terpaksa setuju memandangkan antara mereka
bertiga tiada seorang pun yang ada smartphone atau android. Semua pakai
handphone cikai je. Yelah keluarga dari kelas pertengahan lah katakan.Stering
di betulkan kedudukannya dan kerete mula bergerak ke tempat yang hendak dituju.
Selepas ke rumah
Umairah, mereka teruskan pula perjalanan mereka ke rumah Raid untuk mengambil
wallet Raid yang tertinggal. Mereka langsung tidak menyangka yang Umairah anak
orang berada. Tiba di kawasan perumahan Umairah sahaja membuatkan mereka
terlopong.
“Korang tunggu sini kejap. Lagi 10
minit aku datang balik.” Umairah menutup pintu kereat dan terus berlari ke
dalam rumah.
“Heh, yelah tu 10 minit je.” Rifqi
mengejek. Tepat 10 minit seperti apa yang dikatakan Umairah, dia sudah pun
muncul di sebelah pintu kereta. Kereta pintu dikuak. Punggungnya dilabuhkan ke
kerusi.
“Dah, jom gerak.” Namun apa yang dia
dapat hanya renungan dari mereka bertiga. “Kenapa doh?” Umairah cuak. “Aku tak
boleh ikut ke?” Keadaan kembali kepada asal.
“Tak lah.” Raid jawab sepatah dan
menekan minyak. Umairah pelik. Umairah yang hanya berseluar jeans putih, kemeja
t lengan panjang warna hitam dan berselendang ditenung Rifqi.
“Aku tak sangka kau anak orang
kaya.”
“Kau tak pernah tanya.”
Perjalanan
diteruskan ke rumah Raid. Tak sampai 5 minit, Raid keluar dari rumahnya sambil
berpegangan tangan dengan Adam. Raid membuka pintu belakang.
“Adam duduk kat tengah.” Rifqi yang
berada di sebelah pintu mengangkat Adam dan meletakannya di antara dia dan
Umairah. Raid ke tempat pemandu.
“Kenapa Adam ikut?”
“Mak aku suruh dia ikut. Nanti dia
tak ada kawan.” Faiz hanya mengangguk tanda faham. “Umairah, on kan GPS.”
“Right-o!”
Perjalanan
menjadi sepi. Rifqi dengan Adam tertidur, Umairah main dengan handphone, Faiz
termenung dan Raid memandu.
“Eh, kejap.” Faiz tiba-tiba
tersedar. “Bukan tadi GPS kata masuk kanan ke? Yang kau masuk tol kenapa?”
“Eh??” Raid mula cuak. “Dah salah
jalan ke ni?”
“Alamak, phone bateri aku habis!”
Jerit Umairah. Rifqi dan Adam yang tengah lena bingkas bangun.
“Hah, apa yang dah jadi?” Rifqi
masih dalam mod tidurnya. Dia mamai. Adam menggosok-gosok matanya.
“Kau biar betul?” Suara Faiz sedikit
meninggi. Dia yang dari tadi duduk tegak terus tersandar. “Ikut jelah papan
tanda tu.”
Semua yang berada
dalam kereta mula berdoa supaya tidak sesat.



Comments
Post a Comment