Jiran Bab 2
“Eh, Aira.
Cuba kau tengok ni.” Umairah yang sibuk skrol tetikus menjerit memanggil Aira.
“Apa? Apa?”
Aira bergegas ke ruang tamu dengan sudip di tangan.
“Rumah ni.
Sewa RM 100 sebulan. Murah kot. Try nak?” soal Umairah. Riak gembira tertampal
di wajahnya.
“Tak tahu.
Ikut suka kaulah. Tengok gambar.” Aira terus bersila disebelah Umairah. “Macam
seram je.”
“Macam
seram, tapi tengok. 16 km je ke KL. Fully furnished pulak tu.” Nada Umairah
semakin nyaring.
“Tapi rumah
besar-besar ni nak buat apa? Kot-kot ada hantu.”
“Janganlah
cakap macam tu. Tengok. Lagipun orang ni nak caretaker untuk rumah ni.
Baguskan? Alang-alang tu bolehlah aku kerja sementara tengah tanam anggur ni.”
Bibir Umairah tersengih.
“Suka hati.
Aku tak kisah. Tapi katakanlah kau jadi caretaker untuk rumah tu, kau tak takut
ke?” Mata Aira masih tertacap pada skrin.
“Takut?”
“Yelah.
Nanti aku pergi kerja, kau tinggal sorang. Kena bersihkan rumahkan tu
sorang-sorang. Dah lah rumah tu besar. Kau tak takut ke?” Aira mengalihkan
pandangannya ke arah Umairah.
Umairah
hanya menjeling matanya. “Kau sengaja ke?”
“Taklah.
Aku cakap je.” Aira bingkas bangun dari pendudukannya dan terus bergegas ke
dapur apabila terbau ikan gorengnya yang hampir hangit.
“Insha-Allah,
boleh.” Umairah mencapai telefon pintarnya dan terus mendail nombor yang
tertera di skrin monitor.
Buat kali ke berapa hari tu dia
mengeluh. Hampir kesemua yang menelefonnya sibuk bertanyakan tentang kerja.
Tapi tidak adasatu pun yang mahu menyewa. Kalau ada pun orang Indon. Yang
kelakarnya, ada ke patut 50 orang satu rumah? Memang taklah jawapannya. Raid
mengurut pelipisnya dengan perlahan. Berus ditangan mula dibawa ke permukaan
kanvas. Belum sempat berus menyentuh kanvas, jeritan Rifqi menghentikan
pergerakkannya.
“Woi,
handphone kau bunyi!” Rifqi, salah seorang daripada tiga orang yang tinggal di
rumah itu memekik. Kalau diikutkan, Raid yang paling tua dalam rumah. Manakala
Faiz pula yang paling muda. Mengikut kronologi usia, Raid 32, Rifqi 28 dan Faiz
26.
Rifqi,
lebih selesa dipanggil Key, hanya bekerja sebagai despatch. Bila di rumah,
dialah yang mengemas. Bab membaiki pula diserahkan kepada Faiz. Manakala
tugasnya pula hanya memasak. Mereka berdua masing-masing menawarkan diri untuk
membuat kerja rumah memandangkan mereka tinggal di situ secara percuma.
Telefon
pintarnya diangkat. Sebelum menjawab, dia sempat membetulkan suaranya.
“Hello.”
“Hello,”
kedengaran suara lunak seorang perempuan di sebelah talian. “Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
“Ini
Encik Raid ke?”
“Ye.”
“Saya
Umairah. Saya ingin bertanyakan tentang rumah sewa dan kerja caretaker
tersebut.”
“Silakan.”
Raid melabuhkan punggungnya di sofa berhampiran.
“Rumah sewa
dan kerja caretaker tu masih available ke?” Suara wanita itu lembut berbicara.
“Ye, ada
lagi. Kenapa?”
“Saya dan
kawan saya berminat untuk menyewa rumah Encik.”
“Berapa
orang?”
“2 orang
sahaja.”
“Yang nak
kerja tu pun 2 orang ke?”
“Eh, tak.
Yang nak kerja tu saya seorang. Boleh ke?”
Raid
membetulkan sandarannya. “Boleh. Nanti ada interview, dating. Lepas tu boleh
tengok rumah sekali.”
“Okey jugak
tu. Tapi bila interview ye?”
Kalendar di
meja kopi diambil. ‘Hm, 19 tak boleh. Ada hal. 21 lah.’ Fikirnya sambil
meletakkan semula kalendar itu ditempatnya. “21 haribulan boleh?”
“Boleh.
Insha Allah. Pukul berapa ye Encik?”
“12.”
Jawabnya sepatah.
“Baiklah.
21 haribulan, pukul 12 tengahari. Terima kasih. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Butang mati ditekan. Ini orang pertama yang diterima. Bukan sebab orang tu
perempuan, tetapi sebab orang tu sewa rumah juga. Tu yang dia tak kisah. ‘Harap
lepas ni semua berjalan lancar. Malas aku nak tunggu penyewa lain.’
“Aira, aku
dah call dah owner rumah tu.” Muka Umairah teruja.
Kening Aira
terangkat tinggi. “Jadi?”
“Dia kata
21 ni interview. Pastu boleh tengok rumah sekali. Kau teman boleh?” Umairah
mencapai tangan Aira dan menggenggamnya dengan kuat.
“Aku
kerjalah.”
“Tapi 21
hari Sabtu. Temanlah.” Suara Umairah semakin mengada-ngada. Walaupun Umairah
lebih tua dari Aira tetapi perangainya lebih kebudak-budakkan.
Aira mengeluh.
“Fine. Tapi masa interview nanti aku tengok rumah. Kau pergi interview. Boleh?”
“Cun.”
Umairah mengangkat kedua-dua ibu jarinya tanda setuju.
“Lagi
satukan, suara tuan rumah tadi, aku rasa macam handsome je orangnya.” Muka
Umairah mula berubah kepada dreamy face.
Sekali lagi
kening Aira terangkat. “Mana kau tahu?”
“Yelah,
suara dia serak-serak basah, deep, seksi gitu. Cair aku. Nasib baikaku tak
gagap.”
Aira
tersengih mendengar celoteh Umairah. “Tapi aku dengar selalunyaorang suara
sedap ni orang gemuk. Pastu manalah tahu tuan rumah tu suami orang ke?”
Apa yang
dikatakan Aira terus mematikan lamunan Umairah. “Kau
sengajakan?”
“Tak. Aku
cuma tak nak kau terlalu berharap je.”
“Ciss,
bagilah aku yang single dan tak cantik ni peluang nak berangan sikit.” Umairah
mula terlentang di atas katil. Jarinya bermain-main dengan hujung rambutnya
yang ikal itu.
“Siapa kata
tak cantik? Setiap orang cantik tau.”
“Yelah,
yelah. Pandai kau nak sedapkan hati aku.” Umairah tersenyum sumbing. Manakala
Aira pula tersengih.


Comments
Post a Comment