Jiran Bab 1
“Kenapa eh? Tak ada orang nak ke?” Raid berbisik sendirian. Kedengaran pintu rumah di buka.Faiz hanya mengangkat kening apabila kepulangannya disambut dengan muka serabai Raid. Giliran Raid pula mengangkat kening apabila terlihat lembaga yang berdiri di hadapan pintu rumah.
“What?” Soal Faiz sambil menanggalkan kasut kulitnya dan susun rapi di rak kasut disebelah kanan.
“RM 100 sebulan mahal sangat ke?” Soalan dibalas soalan.
“Untuk apa?”
“Sewa rumah.” Kepala Raid hanya mengikut pergerakan Faiz dari pintu ke tangga rumah.
“Kau kira macam mana? Satu kepala ke satu rumah?”
“Satu rumah.”
“Murah sangat.” Tali leher di tanggalkan. Beg galas dibahunya tadi diletakkan di anak tangga.
“Dah tu, kenapa tak ada orang nak sewa?”
Faiz terus melabuhkan punggungnya di arm rest sebelah Raid. Dia memerhatikan kandungan yang terdapat dalam skrin komputer riba Raid.
“Kau ada letak gambar tak?”
“Ada.” Jawab Raid sepatah. Jarinya laju skrol tetikus itu ke bawah dan menunjukkan gambar yang dimaksudkan Faiz. Faiz memerhatikan gambar dengan teliti.
“Kau letak gambar macam ni memanglah tak ada orang nak. Dah lah rumah kau ni macam rumah hantu.” Raid hanya berdiam. Dia masih pelik. Yelah, rumah dekat Kuala Lumpur, RM 100 sebulan, tiga tingkat, takkan tak ada orang nak kut?
Skrin yang tertulis;
‘Rumah untuk disewa, RM 100 sebulan.
Berminat, sila telefon 018-xxxxxxxx untuk maklumat lanjut.’
Faiz mengeluh. “Kau ingat orang nak sewa ke kalau description dia pun macam ni?”
“Well, background aku bukannya mass comm.” Jawabnya selamba.
“Pastu gambar yang kau letak pun macam rumah hantu aku tengok.” Jawapan Raid tadi tidak diendahkaannya.
“Dah memang macam tu. Nak buat macam mana?” Raid semakin biul. Apa lagi yang perlu diubah? Dah memang rupanya macam rumah hantu.
Sememangnya rumah Raid memang sebijik macam rumah hantu. Yelah, rumah dia rumah semi-D yang lama. Semua rumah semi-D sekeliling rumahnya tidak berpenghuni. Kecuali rumah dia dan rumah sebelahnya. Rumah sebelahnya juga sebenarnya adalah miliknya. Sebelum arwah maknya meninggal, dia sempat membeli rumah sebelahnya. Cadangnya, mahu robohkan dinding yang membahagikan kedua rumah tersebut. Tapi yang sempat hanya dinding pembahagi depan rumh sahajayang diruntuhkan.
Apa yang buatkan rumahnya seperti rumah tinggal adalah keadaan sekelilingnya. Pokok ara yang besar sekelilingnya menambahkan lagi efek seperti rumah tinggal. Ditambah lagi dengan lalang yang tinggi pinggang tumbuh meliar di rumah sebelah langsung tidak menunjukkan dirumah itu boleh didiami. Nasib sahaja tidak ada penagih dadah yang membuat sarang dekat rumah sebelah. Takut kot. Rumah yang terletak di lereng bukit itu mungkin membuatkan orang tidak beberapa minat dengan rumah itu, walaupun sewanya murah.
“Aku cadang kau renovate dulu rumah tu. Tak payah renovate bagai nak rak. Kau buat ala kadar je. Cat dinding, letak jubin. Kalau nak jimat letak tikar getah. Pastu letak terus furniture.” Faiz bagi cadangan. Raid biul.
“Tang furniture tu pulak macam mana pulak?” Raid terus memberikan komputer ribanya kepada Faiz.
“Kau beli secondhand.”
“Kat mana?”
“Nanti aku tolong. And don’t forget about the utilities.”
“Yeah, right.” Raid bangun dari sofa dan menuju ke dapur. Tangannya laju meletakkan serbuk kopi ke dalam mesin espresso. Maklumlah, dia ni peminat kopi. Hampir setiap jam dia minum espresso.
“Nak upah ke?” soalnya kepada Faiz sebelum meneguk air kosong.
“Tak payah. Duduk kat sini free pun dah kira okey.”
“Okay then.” Dia kemudian mengambil cawan kecil dan meletakkannya di bawah espresso spout. “Kau nak?”
“No thanks. Too much coffee is not good for your body, ya know?” mata Faiz masih tertacap pada skrin komputer riba milik Raid.
“Yeah, but I need my daily intake of caffeine.”
“But in proper amount. Ini tak, dah macam ketagih.”
“Memang pun.” Kerusi tinggi ditarik dan punggungnya dilabuhkan ke atas permukaan kerusi itu. Matanya hanya memandang apa sahaja yang berada dihadapannya.
Apa yang buatkan dia tergerak hati untuk menyewa rumahnya adalah apabila dia terdengar ceramah di masjid tempoh hari. Katanya, rumah tidak elok dibiarkan tidak berpenghuni dalam tempoh yang panjang. Kalau nak diikutkan, rumah sebelah yang juga miliknya sudah hampir 8 tahun dibiarkan tidak berpenghuni.
Selepas sahaja pemergian arwah emaknya, rumah itu langsung tidak dijaga dan dijenguk memandangkan dia lebih gemar menghabiskan masanya di studio.
‘Might as well hired a caretaker for the house.’ Hatinya sempat berdesis sebelum dia meneguk espressonya yang terakhir.
‘Rumah untuk disewa.
RM 100 sebulan.
Lengkap dengan perabot.
16 km dari pusat bandar.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi 018-XXXXXXXX’
“Okey tak?” Faiz mengangkat keningnya sambil menuggu reaksi Raid. Setelah hampir dua bulan menunggu rumah itu untuk disiapkan, barulah rumah itu sedia untuk disewa.
“Okey kut. Aku tak tahu.” Raid berbasa-basi. Dia langsung tak tahu taktik pemasaran. Yang dia tahu nanti rumah tu akan berpenghuni. “Nanti tambah caretaker needed.”
“Huh? Caretaker? For what?”
“Jaga rumahlah.”
“Kalau dah ada penyewa takkan nak ada caretaker?”
“Hmm….”
“. . . .”
Dua-dua biul.
“Caretaker untuk jaga rumah, bersihkan, bayarkan urusan bil bagai.”
“Kenapa kau tak buat sendiri?”
“Busy.”
Faiz hanya mengeluh. “Fine. Your house.” Komputer riba yang berada dihadapan Raid diambil semula.


Comments
Post a Comment