Aku dan Budak 2
Bab 2
“Oh, macam tu
ke.” Rifqi dan Fa’izin hanya mengangguk mengerti apabila mendengar apa yang di
ceritakan Raid.
“Yelah, dia
selalu sorang-sorang je. Sebab tu lah dia rajin semacam.” Roti yang dibeli Raid
di buka dan di suapkan ke mulutnya.
“Kau bagi dia gula-gula pun, dia still boleh rapat
dengan kau? Kau mesti sogokkan dia dengan makanan kan?” Rifqi memandang ke arah
Fa’izin dengan kening kirinya terangkat dan melihat emula ke arah Raid yang
sibuk menyumbatkan makanannya ke dalam mulut.
“Hebatlah si Adam
tu. Adik aku pun tak macam tu.” Giliran Rifqi pula bersuara. Dia dapat
merasakan bahawa Adam ialah seorang budak yang sangat baik dan patuh pada
arahan.
“Mana tak nya,
adik kau tu semua orang dah buat kan untuk dia. Kadang-kadang bila ibubapa
busy, budak-budak pun kenalah jugak berdikarikan?” Mata Rifqi memandang ke arah Raid sambil
menangguk setuju.
“Sebab tulah
parent kau suruh kau jaga budak tu.” Mata Fa’izin di tala ke arah Raid dengan
raut wajah yang serius.
“Ha? Aku rasa
budak tu ok je.”
“Jangan nak ha
kan aku. Sedarlah sikit. Kau tak patut pandang ringan dengan perkara macam tu.
Aku nak kau fikir. Kenapa mak kau nak kau tolong dia jaga budak tu?” Tangan
Fa’izin sedang sibuk bekerja mengemaskan plastik makanan tetapi matanya tetap
ke arah Raid yang sedang blur lagi.
“Kenapa...”
“Sebab kau hanya
akan buat sesuatu kalau benda yang kau buat tu ada manfaat pada diri kau!
Pentingkan diri! Tak ada pendirian!” Suara Fa’izin meninggi sedikit apabila
bercakap dengan Raid. Hah, ambik kau! Raid hanya membatu dan tidak bersuara.
“Wei, Faiz.
That’s too harsh.” Rifqi yang hanya mendengar perbualan antara Raid dan Fa’izin
mula bersuara apabila Raid tidak memberi sebarang respon apabila mendengar
kata-kata Fa’izin.
“Biarlah. Even
kucing yang lapar pun lagi bagus dari kau.” Fa’izin menyatakan ketidakpuasan
hatinya kepada Raid. Mata Raid mula berair dan merasakan dirinya telah dihimpap
oleh batu yang besar.
“Kejamnya...” Kepala
Raid tertunduk.
“ Wei, aku rasa
Red tu tertekanlah.” Rifqi bercakap dengan nada berbisik denag Fa’izin. Fa’izin
hanya mendiamkan diri tanpa bercakap apabila dia berasa puas hati dengan apa
yang di cakapkan kepada Raid.
_ _
_ _ _
Betul ke aku ni
teruk sangat? Apa yang dikatakan oleh kawannya tadi masih berlegar-legar di
mindanya. Dia
merasakan bahawa dirinya sudah tidak berperikemanusiaan apabila
diperkatakan sebegitu.
“Assalamualaikum.
Eh?” Raid memandang ke arah Adam yang sedang bercakap di telefon. Kasut
sekolahnya di letakkan di atas rak yang berada di sebelah pintu utama rumah.
Adam meletakkan ganggang telefon dan berjalan ke Raid yang sedang terduduk di
sofa di ruang tamu.
“Ayah ke tu?”
Soal Raid sambil menggeliatkan badannya. Fuh, penat betul lah hari ni. Adam
hanya mengangguk dengan raut wajah yang masam mencuka.
“Adam mesti
sunyikan. Dah lah mak dengan ayah Adam selalu tak ada kat rumah.” Adam membisu
seribu bahasa. Kakinya menguis hujung permaidani yang terbentang luas di tengah
rumah.
“Tapi nanti saya
akan menyusahkan mak dengan ayah.” Suaranya yang kecil menerpa masuk ke dalam
telinga Raid.
“Oh, ye ke...Hmm,
Adam tahu, Abang tak kisah kalau Adam jadi selfish sikit. Kalau Adam rasa
apa-apa, cuba luahkan dengan Abang. Abang tak kisah.” Yup, aku betul-betul tak
kisah kalau dia jadi selfish. Tak adalah dia jadi pendiam sangat.
Beg plastik yang
berada di sebelah Raid ditenung oleh Adam yang hanya berdiam diri. Eh, aku lupa
pulak yang aku ada beli barang. Raid mengeluarkan cupcake yang berada di dalam
beg plastik kepada Adam. Cupcake itu di ambil Adam dengan penuh kegembiraan.
“Ha, lagi satu.
Abang nak buat kek esok. Nak tolong?” Raid tersenyum riang apabila rancangannya
menjadi. Baju sekolah Raid di tarik Adam. Kepalanya segera menoleh ke arah
Adam. Mukanya berubah tiga ratus enam puluh darjah apbila menadapat pelawaan
daripada Raid.
“Adam nak tolong.
Mesti seronokkan?”
“Hahaha.” Raid
ketawa apabila terdengar apa yang dikatakan oleh Adam. “Abang nak naik kejap,
tukar baju dan solat. Dah solat dah? Kalau belum, jom solat sesama. Abang jadi
imam.” Adam mengangguk laju dan mengekori Raid yang sudah jauh meninggalkannya
di ruang tamu.
_ _
_ _ _
Seperti yang
dijanjikan, Raid dan Adam berada di dapur untuk membuat moist chocolate cake.
Kegemaran Raid dan Adam. Puan Linda yang berada di depan pintu rumah sempat
menjerit kepada Raid,
“Kalau kau
rosakkan dapur mak, siap kau!”
Adam yang sudah
bersiap sedia untuk memulakan aktiviti membuat kek berhenti buat seketika
apabila terdengar lagu tema Naruto dari telefon bimbit Raid. Telefon itu
dijawab oleh Raid yang sebelah tangannya sedang mengikat apron.
“Waalaikumussalam.
La, apasal kau tak bagi tahu awal-awal. Nanti aku sampai kejap lagi. Tunggu.
Assalamuaaikum.” Raid menekan butang off dan menanggalkan apron yang baru
dipakainya tadi.
“Adam, sorry.
Abang tak dapat nak buat kek hari ni. Kita buat esok, ek? Abang nak keluar
kejap. Duduk elok-elok tau.” Apron yang berada di tangannya di gantung kemas di
belakang pintu dapur. Dengan langkah yang tergesa-gesa, Raid melangkah ke arah
pintu rumah. Adam membuntuti Raid dengan cepat.
“Bye, Abang Raid.”
Hah? Raid memalingkan mukanya ke arah Adam. Mukanya kelihatan begitu sedih dan
muram.
“Abang pergi
dulu.”
Raid berasa berat
hati untuk meninggalkan Adam bersendirian di rumah tanpa pengawasan orang lain.
Agaknya, benda macam nilah yang buatkan Faiz cakap aku macam tu. Teruk,
pentingkan diri. Hatinya berkata-kata. Raid menghentikan langkahnya ke taman
permainan. Dia sudah buat keputusan. Aku baliklah. Kesian pulak si budak Adam
tu.
Raid berpatah
balik ke rumahnya. Setibanya dia di rumah, dia dijemput dengan bunyi pinggan
bergemerincing. Matanya terbuka luas seluas pinggan apabila melihat Adam yang
sedang berdiri di atas kerusi di dapur. Aduh! Yang aku lupa nak simpan
barang-barang tu kenapa? Raid membuka langkah seribu menuju Adam yang kelihatan
tidak stabil di atas kerusi itu. Ia bagaikan slow motion apabila Adam terjatuh
dari kerusi. Raid melompat dengan segera dan menyambut Adam di dakapannya. Fuh! Selamat.
“Adam ok tak?”
Soalan Raid dibalas dengan wajah terkejut Adam.
“K-kenapa Abang
Raid balik?”
“Ye lah. Kata
tadi nak buat kek sesama.” Raid tersenyum nipis melihat wajah sedih Adam.
“Sorry sebab
tinggalkan Adam sorang-sorang kat rumah.” Wajah Adam yang muram berubah ceria
apabila
mendengar kenyataan yang
terkeluar dari mulut Raid. Di dalam hati, Raid bersyukur kerana tidak
ada apa-apa yang berlaku kepada Adam.
_ _
_ _ _
“Mana kawan kau
ni, Ki? Aku ingat bila kita pancing dia dengan donut dia nak datang.” Fa’izin
semakin bosan menunggu Raid yang batang hidungnya masih tidak nampak.
“Faiz, ni ha. Si Raid
ni baru SMS kat aku. Dia kata dia tak dapat datang.” Rifqi melihat skrin
Samsung Galaxy S3 kepunyaannya itu.
“Pulak. Apasal?”
Fa’izin menjelingkan matanya. Namun begitu, dia sudah masak dengan perangai
Raid.
“Dia kata ada
budak kat rumah dia. So, dia kena jaga budak tu.” Jawab Rifqi yang matanya
masih tertacap
pada telefon pintar miliknya itu. Fa’izin tersenyum sinis. Dia
yang sedang duduk di atas buaian terus berdiri sambil menggeliat.
“Hmm. Tak sangka
pulak akan menjadi bila aku cakap dia tu teruk.”
“So, apa nak buat
dengan kupon ni?” Rifqi yang dari tadi hanya mencangkung, berdiri dan meregang-regangkan tangannya yang lenguh
dek terlalu lama memegang telefon pintarnya itu.
“Due date dia
hari ni.” Sambung Rifqi.
“Jomlah. Lebih
baik kita guna kupon tu daripada membazir.” Dua sahabat itu memulakan perjalan
mereka ke
Dunkin Donut. Melepaslah kau Raid. Biar aku dengan Ki je yang makan
donut tu. Jagalah sepupu kau tu elok-elok.
_ _
_ _ _
“Adam boleh bawa
balik kek tu kalau Adam nak.” Puan Linda yang baru pulang dari kerjanya
tersenum senang melihat anak saudaranya ceria. Addam mengangguk laju.
“Budak macam Adam
ni pun boleh suka dengan orang macam kamu ni.” Sesungguhnya, Puan Linda tidak
menyangka bahawa Adam akan menjadi sebegitu rapat dengan Raid. Hati Raid hancur
menjadi debu apabila maknya memberikan kek yang di buatnya bersama Adam kepada
sepupunya.
“Apa mak cakap
ni?” Raid membuang perasaan hibanya jauh-jauh. Syuh..
“Betul lah apa
yang mak cakap. Blablablablabla...” Raid dan Puan Linda membebel tanpa
menghiraukan
Adam yang ersenyum senang.
Kek...buku...krayon...Abang
Raid memang baik. Itulah yang terlintas di fikiran Adam sekarang ini. Puan Linda
yang menghilangkan diri di sebalik daun pintu dapur hanya tergelak apabila
berasa puas menyakat anak terunanya. Raid pula mengalihkan pandangannya semula
kepada Adam.
“Abang ni baik
ke?” Tanya Raid tanpa berfikir. Adam hanya mengangguk dengan pantas.”Ya.” Jawab
Adam sepatah. Raid memandang Adam dengan terkejut. Buat beberapa ketika, Raid
merasakan dirinya bahagia apabila berjaya membuat Adam tersenyum.
“Kalau macam tu,
kita buat kek banyak-banyak.” Bekas yang berada di hadapan Adam dicapainya. Tepung
diletakkan ke dalam bekas plastik itu.
“Lepas tu, kita
makan sama-sama.” Muka Adam jelas menunjukkan bahawa dialah budak yang paling
beruntung dalam dunia ini.


Comments
Post a Comment