Aku dan Budak 1


BAB  1

Pagi yang indah bagi seorang lelaki yang bernama  Raid bin Abdullah Takashi. Remaja lelaki kacukan Jepun Melayu itu sedang nyenyak di katilnya. Dia tidak sedar bahawa jam di meja telah menunjukkan waktu 7.00 pagi. Mak kepada Raid, iaitu Puan Linda yang sedang berada di sisi anaknya itu sedang melihat anaknya berdengkur dengan kusyuk sekali.

“Warghh!!!” Raid menjerit, lantas membangunkan tubuhnya dari pembaringannya tadi. Puan Linda yang sedari tadi melihat anaknya itu hanya tersenyum sinis apabila mendapati anaknya tergopoh-gapah mencari jam di meja belajarnya.

“Hmm, bangun pun. Mak ingatkan kamu tak nak bangun.” Raid menggaru kepalanya yang tak gatal. Matanya terbuka luas apabila diia melihat jam yang kini berada di tangannya telah menunjukkan pukul 7.10 pagi. Mak, kenapa mak tak kejutkan Raid tadi? Fikirnya. Puan Linda sudah pun berada di dapur rumah apabila mendapati anak tunggalnya, masih tidak turun dari bilik tidurnya.

“Oi, Raid. Hari ini first day kamu ke sekolah! Cepat!” Puan Linda menggunakan kuasa vetonya apabila dia tidak mendapat sebarang  jawapan daripada anaknya. Puan linda yang sedang  menguli tepung untuk dibuat doh karipap terkejut apabila Raid menarik dan mencium tangannya yang penuh dengan tepung itu. 

Dia hanya tersenyum apabila melihat tubuh Raid yang menghilang di sebalik dinding dapur. Hmm, Raid, Raid kalau ayah kamu ada kat sini, mesti dia bangga dengan kamu

Puan linda mengeluh apabila teringatkan suaminya yang berada di Jepun selama 12 tahun. Bagi Puan Linda, Raid seorang anak yang pandai tetapi malas. Perasaan bangga, terkejut dan gembira bercampur apabila Raid mendapat keputusan yang cemerlang untuk peperiksaan Penilaian Menengah Rendah. Dia tidak menyanka bahawa anaknya yang mala situ akan mendapat keputusan yang sebegitu  bagus.

Kini, umur Raid telah mencecah 16 tahun.  Raid yang sedang berlari ke sekolah terjolopok ke tanah apabila kakinya tersadung pada sebatang kayu yang telah tumbang akibat ribut malam tadi. Hish, boleh pula terjatuh. Dah lah aku lambat ni. Tak patut betul. Tepat pukul 7.30 pagi , Raid tiba di perkarang sekolahnya.

“Hah, apasal lambat? Nasib baik hari ni first day sekolah. Dah masuk cepat.” Suara garau itu menerpa masuk ke telinga Raid yang sedang kepenatan. Raid yang sedang tercungap-cungap meneruskan langkahnya ke dewan perhimpunan. Wow, ramainya Form 3 tahun ni. Fikirannya terganggu apabila merasakan ada sesuatu yang menyentuh bahunya. Dia memalingkan mukanya kebelakang. Mukanya yang kepenatan berubah kepada muka toya apabila melihat tuan kepada tangan yang menyentuh bahunya itu.

“Yo, Red. Hahaha…lambat ke?” Muhammad Rifqi, atau lebih mesra dipanggil Ki, iaitu kawan baiknya sejak dari sekolah rendah lagi tersengih macam kerang busuk kepadanya.

“Hmm.” Jawabnya sepatah. Dia melihat pula pada orang di sebelah Ki, iaitu Amirul Fa’izin atau Faiz yang sedang memadangnya dengan wajah yang tiada perasaan. Fa’izin juga merupakan sahabat baik kepada Raid atau lebih dikenali sebagai Red di kalangan rakan-rakan disekolah. Selepas beberapa jam berada di dewan sekolah, akhirnya murid-murid dilepaskan ke kelas masing-masing.

“Wei, Red, Faiz. Kita dalam kelas yang sama lah. Happynya aku.”  Rifqi melompat kegembiraan macam budak tak cukup umur apabila mendapati dua orang sahabat baiknya itu berada sama kelas dengannya. Secara jujurnya, Raid dan Fa’izin berasa gembira kerana mereka bertiga dapat menduduki kelas yang sama pada tahun ini.

“Red, PMR dapat berapa A?” Fa’izin yang dari tadi berdiam diri bersuara.

“Lapan. Korang?”

“Pandainya kau Red, aku dapat 7A je. Faiz dapat sama macam kau. Jealouslah aku macam ni kalau korang dapat straight A.” Ki menjawab bagi pihak Fa’izin yang hanya tersenyum tawar  apabila mendengar jawapan yang keluar dari 
mulut Raid.

“Aku tak sangka pula kau dapat straight A, Red. Setahu aku, kau ni mana pernah belajar. Nak katakan setiap hari kau ponteng kelas.” Fa’izin hanya tersenyum sinis kepada Raid yang sedang mempamirkan mukanya yang blur itu. Rifqi hanya ketawa apabila mendengar Fa’izin, shabatnya yang terlebih cool tu, menyindir Raid.

Apa yang dikatakan Fa’izin itu semuanya benar. Raid sebenarnya seorang budak yang pemalas dan tiada emosi. Ramai pelajar di sekolah menganggap Raid seorang murid yang tidak berdisiplin dan bodoh. Setiap hari, Raid akan ponteng kelas apabila dia berasa bosan dengan matapelajaran yang diajar. Raid juga sering kali dipanggil oleh guru disiplin kerana sikapnya itu.

“Wei, cikgu dah sampailah!” Jerit seorang pelajar yang memakai cermin mata. Fa’izin mengambil tempat di sebelah Red, manakala Rifqi pula mengambil tempat duduk di belakang Raid.

 Dua jam telah berlalu. Fa’izin memandang ke arah Raid dengan ekor matanya. Matanya membulat apabila melihat Raid yang sedang tidur sambil berdengkur  sebelahnya. Dia segera mengejutkan kawannya apabila guru yang paling garang di sekolah sedang menghampiri meja mereka berdua. Tapi semuanya sudah terlambat. Encik Zahid, iaitu guru disiplin sekolah telah menyoal Fa’izin. Rifqi yang berada di belakang Raid hanya menutup mulutnya, menahan tawanya daripada tersembur keluar.

“Hmm, bagus Faiz. Macam yang saya sangka kamu memang  pelajar yang cemerlang.” Fa’izin hanya tersenyum tawar apabila Encik Zahid memujinya. Fa’izin, malah satu kelas terkejut beruk apabila mendengar jeritan Encik Zahid.

“RAID! BANGUN DAN BERDIRI DI LUAR KELAS SEKARANG!”

                Raid yang sedang berbungkam hanya berdiam diri apabila hampir setengah jam dia berdiri di luar kelas. Dia tidak menyalahkan Fa’izin kerana tidak mengejutkannya. Tapi, ia telah menjadi habit bagi Raid yang selalu tertidur dalam kelas. Waktu rehat telah bermula 10 minit yang lalu. Raid hanya termenung pada makanan yang baru dibelinya. Dia tidak berselera untuk makan. Bukan sebab insiden tadi, tapi sebab perasaan mengantuk yang semakin membuak-buak.

“Wei, kau tak nak makan, biar aku yang makan.” Rifqi mengambil roti yang dibeli oleh Raid dan menyuapkan ke dalam mulut tanpa menunggu sebarang jawapan daripada Raid. Fa’izin hanya memandang Raid dengan pandangan kosong. Dia berasa geram dengan perangai rakannya yang seorang tu.

“Apasal kau pandang macam nak bunuh aku, Faiz?” Raid bersuara. Dia berasa gerun dengan pandangan dan aura pembunuh Fa’izin.

 “Apasal kau ni bongok sangat, hah? Aku rasa kau nampak cikgu tu datang kat meja kita kan? Yang kau buat bangang tu kenapa?” soalan dibalas dengan soalan. Semua yang dipendam Fa’izin akhirnya terkeluar juga apabila perasaan marah terhadap rakannya tidak dapat dibendung lagi. Rifqi yang sedang kusyuk menghabiskan roti  Raid terkaku. Begitu juga dengan Raid yang terkejut dengan suara Fa’izin yang tiba-tiba meninggi kepadanya. 

“Ohh, sebab tu ke? Aku saja je buat macam tu. Aku tahu yang dia nanti akan halau aku keluar kelas. Lagi bagus, tak payah nak menyusahkan diri belajar dengan dia.” Raid menjawab dengan tenang dan tidak ada sikit pun perkataan yang keluar dari mulutnya yang pelat kerana lidahnya sudah sebati dengan bahasa Melayu. Dia sudah masak dengan perangai Fa’izin yang mudah naik angin.  

“Apa? Kau sengaja je?” Dua orang shabatnya menjerit serentak apabila mengetahui benda yang sebenar. Semua pelajar di kantin memandang ke arah mereka dengan muka yang pelik. Apalah diorang ni.

“Hehehehe. Lek la, janganlah marah sampai macam tu sekali.” Jawab Raid yang masih terkulat-kulat melihat dua rakannya menghampirinya untuk menyerang Raid. Apa lagi, Raid membuka langkah menuju ke kelas dan meninggalkan kawannya yang masih bengang dengannya.
_  _  _  _  _

“Assalamualaikum, mak, orang dah balik. Mak. Oh, m- eh?” Ayatnya terhenti apabila melihat seorang budak lelaki yang berusia dalam 4-5 tahun di hadapannya. Eh, Sejak bila pula aku ada adik? Soal Raid di dalam hati.

“Waalaikumussalam, Raid masuk cepat. Ada perkara yang mak nak cakap dengan kamu.” Raid melangkah masuk ke dalam rumah meninggalkan budak itu tercengang di pintu rumah.

“Raid, budak yang kamu nampak tadi tu sepupu kamu. Nama dia Adam.”

“Sepupu? Bukan Adam budak yang baru lahir tu ke?” Puan Linda mengeluh dengan kerenah anaknya.

“Kamu ni dari tahun mana? Budak Adam tu dah besar dah.” Puan Linda mengetuk kepala anaknya dengan sudip kayu. Raid hanya mendiamkan diri bila puan Linda sedang sibuk memberitahunya tentang Adam. Kata mak, mulai hari ini Adam akan duduk dekat sini bila Mak Cik pergi kerja. Fuhh…mesti menyusahkan.

“Kamu dengar tak, Raid? Jaga Adam kejap. Mak nak pergi kedai ni.” Kata Puan linda yang sedang menyarungkan tudung ke kepalanya. Raid hanya mengangguk sebagai jawapan kepada soalan maknya tadi.

                Usai solat Zuhur, Raid ke ruang tamu untuk mencari Adam. Raid yang hanya berkain pelikat duduk di sofa bersebelahan dengan Adam yang sedang khusyuk melukis watak Ultraman kesukaannya.  Pendiam betul budak ni. Raid mencapai kotak pensil warna yang berada di dalam laci lalu menyerahkannya kepada Adam.

“Nah, Adam guna Abang Raid punya.” Muka budak 5 tahun yang tiada perasaan itu berubah ceria. Dia mengangguk dengan laju dan menyambut kotak pensil warna yang berada di tangan Raid. Aik, takkan budak ni tak ada suara kut? Lantak dia lah. Raid menyandarkan badan di sofa.

Brr…

“Aduh, laparlah pula. Mak masak apa hari ni, agaknya.” Raid menapak ke dapur untuk mencari makanan yang telah di sediakan maknya. Namun, jangkaannya salah. Di bawah tudung saji hanya terdapat satu notis yang berbunyi,

     Raid,

     Lepas mak pergi kedai, mak akan terus ke rumah nenek. Mak ada hal kejap.      Jaga rumah dan Adam. Kamu punya lunch kamu masaklah sendiri. Lepas tu,      jangan lupa tolong basuhkan bilik air.

     Mak.

Raid mengeluh kehampaan. Tiba-tiba dia merasakan bajunya ditarik perlahan. Eh, apa budak ni nak? Tangan  kiri Adam hanya memegang perutnya sambil tertunduk.

“Adam lapar ke? Jom, Abang pun dah lapar ni. Adam nak makan apa?” Soalan yang ditujukan kepada Adam hanya dijawab apabila Adam menunjukkan gambar nasi gorengyang terdapat dalam sebuah buku masakan.

“Oh, nasi goreng ke? Ok, duduk kat luar elok-elok. Abang masak kejap.” Apron yang tersangkut di belakang pintu dapur dicapai Raid dan menyarungkan apron melepasi kepalanya. Adam hanya melihat Raid dengan penuh minat. Nasib baik aku ni suka masak, kalau tak, habislah. Bahan-bahan seperti ikan bilis, cili padi dan sayur-sayuran dikeluarkan dari peti sejuk. Raid yang baru hendak memulakan kerjanya terkaku apabila Adam masih berada di dapur dengannya.

“Kalau Adam ada kat dapur, macam mana Abang nak masak.” Adam menundukkan kepalanya dan segera keluar dari dapur. Yeah, sekarang bolehah aku menguasai dapur ni sensorang. Hehehehe…

Selesai makan tengah hari dengan Adam, Raid yang sedari tadi diam hanya menyaksikan perlakuan Adam yang pelik tingkah lakunya bagi Raid. Selesai makan, Adam membawa pinggannya ke sinki dan membasuhnya tanpa disuruh. Wow, budak ni aku tak cakap apa-apa lagi dah buat sendiri. Cayalah, aku pun tak macam tu dulu. Budak ni, kalau aku tinggalkan sensorang boleh tak? Aku nak pergi kedailah. Raid memakai seluar trek yang sudah sedia tergantung di pintu biliknya.

“Adam, Abang nak pergi kedai kejap.” Raid menyarungkan jaket ke badannya dan mula melangkah keluar dari rumahnya. Adam hanya mengangguk dan meneruskan aktivitinya tadi. Ok ke budak Adam tu/ Biarlah dia.

“Eh? Wah…buku masakan yang terbarulah. Cayalah.” Mata remaja lelaki itu bersinar-sinar melihat buku masakan yang terdapat di sebuah rak kedai buku. Ni kalau aku masak ni gerenti sedap punya.

“Red!” Kepala Raid menoleh ke belakang untuk melihat tuan punya suara.

“Huh? Faiz?”

“Apasal dengan plastik tu? Kau baca buku tu tanpa beli?” Buku masakan yang dipegang Raid dilihatnya dengan peilk.

“Oh, aku beli keropok tadi. Sekarang kat rumah aku ada budak. Jadi, aku ingatkan nak beli something untuk dia. Lepas tu ternampak pulak buku ni.” Dia mengangkat beg plastik di tangannya dan meletakkan buku masakan itu di rak buku semula.

“Kau? Jaga budak? Kau ada kat sini, mak kau nanti tak marah ke?”

“ Oh, semua ok je. Mak aku sekarang tak ada kat rumah. Berapa umur budak tu?” Tangan kiri Raid diangkat ke dagu seperti sedang berfikir. “Hah, umur budak tu dalam empat lima tahun.”

“Jadi kau tinggalkan budak tu sensorang kat rumah?”

“Well, aku ingat semuanya akan ok.” Fa’izin dan Raid hanya termenung untuk beberapa saat.

“Tak ke kau ni bodoh sangat?” Urat yang terkeluar dari dahi Fa’izin menyedrkan Raid yang dia telah membuat sesuatu yang bodoh.

“Kalau orang dah amanahkan kau buat sesuatu, kau buatlah betul-betul! Dah, pergi balik!” Fa’izin menendang kawan baiknya itu tanpa menghiraukan Raid yang sedang mengerang kesakitan.

‘Seorang pelajar Sekolah menengah mengabaikan budak berusia 5 tahun di rumah.’ Raid cuba membayangkan jika tajuk itu terpampang luas di muka surat hadapan surat khabar. Teruknya. Kalau orang tahu pasal ni, mati aku.

“Assalamualaikum..” Salamnya hanya disambut sengan keadaan yang ynag sunyi sepi dari dalam rumah. Mana budak Adam ni?  Dia mencari budak berusia lima tahun itu di ruang tamu dan dapur tetapi masih tidak  menjumpainya. Aik, mana budak ni pergi? Dia menuju pula ke bilik air. Ternyata, Adam yang sedang berada di bilik air sedang memegang berus jamban di tangan dan bajunya pula basah lencun dek air yang mengalir dari sinki. Huh, dia ok rupanya. Baik betul budak ni. Tapi yang dia pergi cuci bilik air ni kenapa? Oh, aku lupa mak suruh aku cuci bilik air tu hari ni. Raid membongkokkan badannya agar dia berada separas dengan Adam.

“Adam tak payahlah nak buat benda ni semua.”  Pergerakan Adam terhenti apabila terdengar suara Raid. Dia memandang Raid dengan wajah yang kosong.

“E-eh, tak, maksud Abang, kalau Adam nak buat, Adam buatlah. Tapi nanti Abang yang kena marah dengan mak.” Tiba-tiba, badan Raid mengesan sesuatu seperti aura yang gelap berada di belakangnya. Dia menoleh kebelakang dengan berhati-hati kerana dia tahu apa yang mungkin berlaku selepas ini.

“H-h-hai, mak. A-awal mak b-balik hari ni?”

“Kenapa...kau suruh budak kecik yang buat semua ni, hah? Kau keluar rumah dan kau tinggal dia sensorang kat rumah kan!”

“AHH!” Jeritan Raid menggamatkan suasana suram di dalam rumah.
_  _  _  _  _

“Ikut sini. Nah pakai baju Abang dulu. Baju Adam yang basah bagi Abang.” Adam hanya mengikut arahan yang diberikan remaja lelaki itu. Adam yang dari tadi berdiam diri memandang ke arah rak buku yang terdapat disebelah kirinya.

“Kalau Adam nak tengok, tengoklah.” Adam mengangguk. Matanya menunjukkan kilauan yang membuatkan Raid terpegun. Oh, dia minat benda manis rupanya.

“Adam pun minat benda macam ni jugak ke?” Adam hanya mengangguk dan mula membaca atau lebih tepat melihat kandungan yang terdapat dalam buku tentang cupcake itu.
_  _  _  _

“Wei, Ki. Hari ni kau teman aku pergi kedai kek sebelah 7 eleven tu.”

“Ok. Ajak Faiz sekali. Aku pun nak beli something nanti. Lepas tu boleh lepak.”
_  _  _  _  _  _

“Adam, nah.” Raid menghulurkan cupcake yang berada di tangannya kepada Adam. Adam menyambut cupcake yang berada di tangan Raid dengan teruja. Dia membaca doa dan menyuapkan cupcake itu ke dalam mulutnya. Raid hanya tersenyum melihat riak wajah Adam yang suram berubah ceria.

“S-sedap.” Mata Raid terbuka luas apabila terdengar perkataan yang terpacul keluar dari mulut Adam. Eh. Budak ni boleh cakap la. Cutenya...

“Terima kasih, Abang Raid.” Adam yang mukanya comot dengan krim cupcake itu tersenyum senang. “Adam pun suka benda manis ke?” Tanya Raid yang seronok melihat perubahan pada diri Adam. Adam hanya mengangguk.

“Adam suka sangat makanan yang manis.”
Masa berlalu dengan pantas bagi Adam yang seronok meluangkan masa dengan abang saudaranya itu. Petang itu, Puan Liana menjemput Adam dan membawanya pulang ke rumah. Sebelum pulang ke rumah, Puan Liana sempat berpesan kepada Raid.

“Kalau Raid tak kesibukan, Raid mainlah dengan Adam. Adam terlalu banyak meluangkan masa berseorangan. Jadi, eloklah kalau ada orang yang nak main dengan dia.” Raid dapat mengesan nada kekecewaan yang terdapat pada suara Puan Liana. Puan Liana hanya tersenyum melihat wajah kosong Raid. 

Comments

  1. nice one..~ keep it up! cant wait for your next release. ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts